Kenali Saya

Assalamualaikum dan Hai!

Saya merupakan seorang bekas pekerja dalam sektor Kerajaan yang pernah berkhidmat lebih kurang 10 tahun ( Sept 2004 - Mac 2014 ). Alhamdulillah, saya kini seorang surirumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan dari rumah di samping menguruskan suami dan anak-anak.

Minat saya dalam bidang bakeri telah subur sejak dari bangku sekolah lagi. Sanggup tidak tidur malam demi menyiapkan kuih ataupun kek untuk dijamu kepada keluarga. Sanggup mencari resepi di buku-buku malah majalah demi belajar dan mencuba.

Kini, minat saya kian berkembang sehingga mula melangkah ke alam perniagaan. Bermula secara kecil-kecilan dan sambilan pada tahun 2009, saya hanya bermula dengan belajar berniaga sendiri dari rumah. Apabila mula serius untuk mengembangkan lagi perniagaan, saya mula menghadiri kelas-kelas yang tertentu. Dengan bangganya juga saya ingin memaklumkan bahawa saya merupakan anak didik cikgu saya iaitu Puan Ziana Ellieza (www.kekcawan.com.my). Kini saya salah seorang alumni dalam group yang dikelola khas oleh beliau =)

Saya masih menjalankan perniagaan bakeri dari rumah. Kini, saya menetap secara rasmi di Taman Amanputra, Puchong, Selangor. Kawasan rumah saya tidak jauh dari Putrajaya, Cyberjaya dan Bandar Puchong. Juga terletak bersebelahan Exit Tol Putrajaya.

Berminat untuk menempah kek atau lain-lain dessert dari Aainaa's Bakehouz, jangan segan untuk menghubungi saya.

No comments:

Post a Comment